Tuesday, January 8, 2013

Imam Mudaku Romantik 3


BAB 3
DALAM banyak-banyak kedai di situ, ada satu kedai paling hujung yang dari jauh lagi sudah nampak ‘gah’nya. Dengan papan tanda berwarna merah jambu yang terang lagi menyala, yang tertera dengan tulisan ‘PINKWEARS’ yang mana merangkap nama kedai tersebut, sudah pasti mata yang lalu-lalang akan menoleh dua tiga kali untuk melihat betapa merah jambunya kedai itu.
Wanita berambut panjang beralun itu mengangkat brek keretanya. Cermin mata yang menggelapkan pandangan ditanggalkan lalu disangkut ke Rear View mirror. Setelah memastikan solekan di wajahnya masih elok, lekas dia keluar dari perut Mini Cooper itu lalu menuju ke dalam kedai PINKWEARS.
“Helo, helo, helo Cik Khalisah! Are you there?” Bergema suara wanita yang berambut panjang beralun itu ketika mukanya baru menjengul di muka pintu.
Senyap. Sepertinya tiada sesiapa yang berada di situ.
Wanita berambut panjang beralun itu mengherotkan bibir. Pintu kaca itu ditolaknya saja lalu masuk ke dalam. Ayunan langkahnya diteruskan sehinggalah tiba di sebuah bilik kecil yang terletak di belakang.
Lagi sekali ditolaknya daun pintu. Tiada!
Wanita itu merengus sendiri. Waktu-waktu macam nilah dia menghilang pulak!
“Assalamualaikum Cik Adriana, masuk tak reti bagi salam ke?”
Wanita berambut panjang beralun itu tersentak. Lekas dia menoleh memandang si empunya suara yang agak sinis itu. “Haaa… there you are! Huhu… kau pergi mana? Kenapa kau tak letak tanda tutup kat pintu? Bahaya tau kalau orang masuk!”
Wanita bertudung labuh yang baru muncul itu memeluk tubuh. Sepet matanya memandang wanita berambut panjang itu. “Kau pulak kenapa tiba-tiba muncul petang-petang ni? Aku dah nak tutup kedai.”
“Awww… Lisa, aku ada sesuatu nak cerita kat kau. Tak sabar ni!” Wanita berambut panjang bernama Adriana itu seperti sedang berbunga-bunga hatinya. Terpejam-pejam matanya ketika bercakap.
Khalisah menggeleng-geleng. Rasanya dia dah dapat mengagak apa yang membuatkan sepupunya ini teruja semacam. “Izham?”
“Haaa… pandai pun kau! Izham, Lisa! Izham! Ahhh… bahagianya aku!” Adriana menekup dadanya pula. Tertarik-tarik suaranya menuturkan ayat. Sungguh bahagia benar dia.
Khalisah ketawa perlahan. Kan? Sudah diagak. Tiada apa yang membahagiakan wanita bernama Adriana ini selain jejaka bernama Izham, jejaka pujaan hatinya. Sejak empat tahun lepas lagi.
“Lisa, kau nak tahu tak? Dia bagi bunga pada aku! Awww… how sweet… aku sampai tak boleh nak bernafas tau Lisa! Rasa macam di awang-awangan! Oh my gosh…” Adriana terus syok sendiri. Beria-ia dia bercerita.
“Adriana, hari ni kan hari lahir kau. Memanglah dia bagi bunga.” Khalisah memperingatkan sepupunya itu. Bukannya apa, dia tidak mahu Adriana terlalu berbahagia dengan semua ini. Takut nanti jadi derita. Selama ini pun, Izham yang menjadi kegilaan Adriana itu tidak pernah pula mengakui apa-apa perasaan terhadap sepupunya itu. Juga, setiap tahun bila tiba hari lahir Adriana, memang Izham akan memberi bunga. Rasanya Adriana tidak patut terlalu teruja seperti telah ada apa-apa yang istimewa berlaku.
Adriana memuncungkan bibir. Rasa terujanya luntur tiba-tiba. “Kau ni tak baiklah, Lisa. Aku baru nak happy. Ingatkan cerita dengan kau, kau boleh faham. Hmmm… tak apalah. Aku balik dulu.” Merajuk pula dia.
Khalisah menyapu-nyapu dahinya. “Jangan salah faham, Adriana. Aku cuma… nak kau berpijak di dunia nyata.”
“Aku berpijak di dunia nyatalah ni! Betullah Izham bagi bunga kat aku. Bukan aku mereka-reka cerita,” tukas Adriana. Agak kecewa sebenarnya. Dia sangat mengharapkan sepupunya ini mengerti perasaannya… namun, entahlah.
“Dahlah, Adriana. Aku pun tumpang gembira. Semoga perhubungan kau orang kekal hingga ke jinjang pelamin. Aku doakan perkahwinan kau orang till jannah, ye? Jangan marah-marah lagi. Nanti muka kau yang cun meletop tu jadi macam kain buruk pulak!” Malas Khalisah hendak melayan ragam sepupunya itu lagi. Layan sajalah…
Adriana mencebir. Dia tahu ceritanya sia-sia saja. Khalisah mungkin sudah muak mendengar ceritanya tentang jejaka bernama Izham. Maklumlah, sudah empat tahun cerita benda yang sama, tapi hasilnya tak nampak-nampak pun.
Khalisah melepaskan keluhan kecil. Pintu biliknya dikuak sekadar hendak meloloskan tubuhnya yang langsing itu ke dalam. Setelah berkemas-kemas apa yang patut, dia keluar semula dari biliknya itu.
“Aku nak balik. Kau nak ikut?” Tanya Khalisah.
“Aku nak balik rumah aku terus,” jawab Adriana, malas-malas. Marah lagi agaknya dengan sepupunya itu.
Khalisah mengangkat bahu. “Okey.”
Adriana, tanpa memberi sebarang salam ataupun ucapan selamat tinggal terus saja keluar dari butik yang menjual tudung-tudung labuh fesyen terkini itu. Tunjuk perasaanlah agaknya.
Khalisah mengeluh lagi. Susah mahu cakap dengan orang yang tengah kemaruk seperti sepupunya itu. Betullah, cinta itu membutakan!
Ketika hendak mengunci pintu kedai, bunyi derapan kasut yang agak perlahan menerjah gegendang telinganya. Khalisah kaget seketika. Dia tahu ada seseorang di belakangnya… ah, siapa pula yang hendak buat kejutan pada waktu-waktu begini?
“Assalamualaikum, Cik Khalisah.” Suara yang gemersik itu betul-betul kedengaran di tepi telinganya. Menderu…
Khalisah terloncat sedikit ke tepi. Berderau darahnya tidak semena-mena. Ya ALLAH! “Waalaikumussalam! Astaghfirullahalazim… Izham!” Separuh menjerit wanita itu dibuatnya.
Lelaki yang tampak tenang saja menerima reaksi wanita itu mengulum senyum di tepi bibir. “Terkejutnya Cik Khalisah nampak saya. Saya tak makan oranglah, Cik Khalisah.”
Khalisah yang masih dalam mood terkejut beruk itu terkebil-kebil seketika. Cuba mengembalikan kewarasan mindanya yang blur sebentar tadi. Ah, lelaki ini lagi! “Izham… you nak apa?”
Izham tergelak kecil pula. Entah apa yang lucu! “I came here for this… special for you.” Lelaki yang sentiasa murah dengan senyuman manisnya itu mengeluarkan tangannya yang disorokkan di belakang badannya dari tadi.
Sejambak ros merah!
Khalisah menekup mulut. Lagi sekali wanita itu jadi kaget. “Izham… hari ni birthday Adriana, bukan I.”
“Yeah, I know. Tapi tak adil kan kalau I beri pada perempuan lain tapi tak beri pada orang yang I cinta?” Izham mengangkat sebelah kening.
“Izham, jangan! I tak mahu semua ni. You pergilah pada Adriana. Dia dah lama tunggu you.” Khalisah terpaksa merayu kali ini. Sungguh dia memang tidak tahan dengan semua ini! Izham baginya terlalu mendesak, sedangkan dia tidak mahu sedikit pun kepada lelaki itu. ALLAH…
“Tapi I tak cintakan Adriana. I tak nak Adriana. I nak you!” Kali ini, suara Izham agak meninggi, menunjukkan ketegasannya agar Khalisah memahami kehendak hatinya.
Khalisah menggeleng laju. “Dan I pulak tak mahukan you, Izham. I harap you pun faham kehendak I!”
“Khalisah…” Izham hilang kata-kata. Deruan nafasnya jelas berombak. Mungkin keletihan sudah mengiringi kebuntuannya mencari jalan untuk memenangi hati wanita itu selama ini.
“I minta diri. Assalamualaikum.” Khalisah tidak memandang lagi wajah hampa itu. Sudahlah… dia sudah rimas dikejar dengan cinta yang tak pasti.
Langkah Khalisah semakin jauh, menghampiri keretanya.
Izham hanya memerhati. Sesekali tengkuknya diramas. Arghhh… bagaimana lagi?

KHALISAH termenung seketika di dalam Polo Sedannya sebaik tiba di perkarangan banglo mewah tiga tingkat itu. Termenung… salah satu terapi mujarab untuk meleraikan simpulan yang berselirat di dalam minda. Namun, termenung kosong hanya akan menambah hasutan-hasutan syaitan untuk menguasai minda. Seeloknya, iringilah aktiviti termenung itu dengan mengingati ALLAH. Insya-ALLAH, ada jalan… bak lagu Maher Zain.
Setelah merasakan kekuatannya kembali semula, Khalisah berinjak keluar dari keretanya. Nafas dalam ditarik lalu dilepas perlahan-lahan. Moga ada ketenangan baru yang mengalir…
Namun, ketika langkahnya baru saja hendak menghampiri pintu rumah, bunyi pancuran air yang beralun menerjah pendengarannya. Lantas niat wanita itu beralih arah… langkahnya diteruskan menuju ke taman mini yang terletak di salah sebuah sudut perkarangan rumah banglo itu.
Beberapa ketika kemudian.
“Aaaaaa!!! Perompak! Pencuri! Perogol!!! Tolong!!! Mama!!! Papa!!!” Jeritan Khalisah yang bak halilintar itu menggegarkan angkasa raya. Terlompat-lompat wanita itu tidak tentu arah. Macam nak terbalik bumi dibuatnya!
“Allahummasolli ‘ala Muhammad! Allahummasolli ‘ala Muhammad!” Lelaki yang sedang asyik memancurkan air dengan paip getah itu pun ikutlah sama terperanjat beruk mak datuk. Tak pasal-pasal paip getah yang sedang diahalakan ke arah pokok bunga yang berderetan di tepi-tepi tembok batu yang agak tinggi itu terhala ke wajah Cik Khalisah yang cun melecun itu.
Khalisah basah lencun sudah…
“Faqih! Khalisah! Apahal kau orang ni???” Namun, tiba-tiba muncul seorang ‘penyelamat keadaan’ yang akan menyelamatkan babak tersebut daripada terus berdrama.
Paip getah yang dipegang oleh lelaki itu terlepas jua ke tanah yang ditutupi rumput-rumput palsu itu. Tegak. Bisu. Membatu. Dia hanya mampu menelan air liur ketika ini.
Khalisah juga… membeku. Wajahnya pucat lesi macam mayat. Mungkin kalau toreh tangannya sekarang, tiada darah yang memancut keluar.
Dulang berisi dua biji gelas dan sejag air yang ditatang oleh ‘penyelamat keadaan’ bernama Tan Sri Kamarul itu diletakkan seketika di meja berhampiran. Berdetak jantung lelaki korporat itu seketika.
“Papa… dia ni perompak!” Menggigil-gigil Khalisah mengeluarkan suaranya yang hilang sekejap tadi. Nampak jelas dari bibirnya yang bergetap-getap.
Tan Sri Kamarul mengurut dada. Nasib baik insiden tadi tidak menyebabkannya terkena serangan jantung! “Khalisah, masuk dalam. Dia ni bukan perompak. Dia driver papa. Sekali jadi tukang kebun selama Pak Joko tak ada ni.”
Khalisah membulatkan matanya yang memang sudah bulat itu. Driver dan tukang kebun yang menggantikan Pak Joko???
“Khalisah, kenalkan. Muhammad Faqih, pemandu papa dengan tukang kebun ganti Pak Joko. Dia budak baik. Dia bukan perompak, pencuri atau perogol!” Tan Sri Kamarul mendekati Faqih yang masih tegak terpaku ke bumi tanpa sebarang bunyi itu. Bahu anak muda itu ditepuk-tepuknya agak kasar.
Faqih mengetap bibir. Menyedari yang dia telah terlalu lama memandang wajah wanita yang menuduhnya sebagai perompak itu, lekas-lekas dia menundukkan pandangan. Nah, itulah fitrah jejaka bernama Faqih yang sebenar. Seorang yang sangat malu kepada perempuan! “Sssaya… saya minta maaf…”
Khalisah tidak membalas. Dengan tubuh yang sudah menggeletar-geletar seperti orang sakit Parkinson, dia memusing tubuh… lalu menghilangkan diri menuju ke dalam rumah.
“Faqih, mari minum dulu. Air dah siap.” Tan Sri Kamarul yang lebih relaks kini mempelawa ramah.
Tiada suara lagi. Wajah Faqih nampaknya berubah… sangat pelik dan aneh. “Tan sri buat air?”
“Yalah. Siapa lagi? Apa? Kau ingat tan sri macam aku ni tak tahu buat air ke? Hei, Mak Yah orang gaji aku tu belajar cara buat air dari akulah!” Beria-ia Tan Sri Kamarul membalas soalan si Faqih. Mungkin dia terasa ‘dipandang rendah’ bila pemandu barunya itu bertanyakan soalan sebegitu.
Faqih hanya terangguk-angguk. Percayakan sajalah…
“Ha, apa lagi? Tak sudi ke nak minum air buatan Tan Sri Kamarul?” Tan Sri Kamarul terlebih dahulu teruja hendak merasa air buatannya sendiri. Sudah duduk pun lelaki  itu di kerusi.
Faqih menggaru-garu kepala. Nampaknya, jejaka itu masih kebingungan dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Sudahlah tadi dituduh perompak, pencuri dan perogol. Sekarang kena minum air buatan Tan Sri Kamarul pula?
Faqih menarik salah sebuah kerusi lalu duduk di situ.
Tan Sri Kamarul yang tiba-tiba terlebih ramah itu menuangkan air ke dalam gelas yang ditatangnya di atas dulang tadi. Cermat! “Kau memang tak ada kerjalah,  ya?”
Faqih menarik nafas dalam. Mengumpul semula kekuatan yang hilang tadi. “Saya sanggup kerja dengan tan sri,” balasnya.
Tan Sri Kamarul terangguk-angguk. “Minumlah.”
Tanpa banyak lemak, Faqih ikutkan saja pelawaan itu. Setelah membaca basmalah, perlahan-lahan diteguknya jus limau segar itu. Ahhh… boleh tahan juga! Bravo tan sri!
“Bukannya apa… aku tengok kau ni segak orangnya. Badan pun lawa. Ada rupa… kenapa kau sanggup nak jadi tukang kebun dengan pemandu aku ha? Kenapa tak apply jadi model ke?” Tan Sri Kamarul membuat muka serius. Dia memang tidak main-main dengan pertanyaannya.
Faqih yang sedang menghirup jus limau itu hampir-hampir tersedak. Memang dah tersedak pun, cuma nasib baik tak tersembur. Kalau tersembur, memang nasib Tan Sri Kamarul cukup tidak baik pada petang itu. Lelaki berada itu duduk betul-betul bertentangan dengannya.
“Ehemmm... uhummm… saya tak suka kejar glamour. Kerja tukang kebun dengan pemandu pun tak apalah asalkan tak glamour,” balas Faqih, selamba.
Tan Sri Kamarul menyengetkan kening. “Betul kamu tak kisah ni?”
“Betul, tan sri. Lagipun saya memang nak cari pengalaman.”
Nafas dalam dilepas perlahan-lahan. Tan Sri Kamarul hanya mengangkat bahu selepas itu dan meneruskan minumannya.
“Tan sri, boleh saya tanya?” Faqih memecah ruang kesunyian yang baru hendak tercetus.
“Tanya apa?” Tan Sri Kamarul mengangguk.
“Errr… kenapa perempuan tadi tak pasal-pasal panggil saya perompak?” Faqih meluahkan juga kemusykilan di mindanya.
Tan Sri Kamarul mengerutkan dahi beberapa ketika sebelum menjawab. “Minggu lepas, ada perompak masuk rumah ni. Masa tu Khalisah, anak aku tadi baru balik dari kerja. Dia nampak perompak tu. Kebetulan, perompak tu pun guna taktik siram pokok macam kau buat tadi untuk kelirukan orang. Itu yang dia ingat kau perompak,” jelas lelaki tua itu.
Faqih hanya terkebil-kebil selepas itu. Nauzubillahi minzalik…












0 comments: