Okay people. So this is the second entry about
my vacation. Australia here we go!
Untuk hari kedua ni, pepagi lagi aku ingatkan
spaghetti bolognaise ke, chicken chop ke yang menunggu. Sekali… tudia nasi
lemak rasa Malaysia kaw-kaw punya! Haha. Oh ya, nak cerita yang aku ni duduk
homestay di Helensvale. Homestay ni milik keluarga Pakcik Din (rujuk entri
lepas), makan-makan kitorang kat sini semua isteri Pakcik Din yang kitorang
panggil Kak Ros sediakan. Diorang asal Malaysia, tapi dah berhijrah lama kat
Australia ni.
Rumah tempat kami menginap.
Lawa kan?
|
Dah sarapan semua, mengikut itinerary hari ni
kitorang akan melawat Currumbin Wildlife Sanctuary. Maka bergeraklah kami semua
ke sana. Takpe, hakak payung gambar dulu ye!
Sesi cukur bulu bebiri. Hahaha. |
Koala ni sakit. Nak kena bedah. |
Aku tahu kalau pergi Australia
mesti ini yang ditunggu-tunggu kan? Nah, aku payung kanggaroo dengan koala.
|
Kanggaroo sado? Hahaha. |
AUD 23 hokey nak bergambor dengan haiwan busuk lagi comel ni. Bukan RM23! |
Okay. Habis
aje sesi di Currumbin Sanctuary, kitorang gerak pergi ambil angin kat
Coolangatta Beach. Ambil pemandangan aje. Tak turun pantai pun. Dari atas
dapatlah lihat kenit-kenit manusia yang sedang melakukan aktiviti surfing.
Belanja anak mat saleh satu! |
So ini cerita hari kedua. Haha. Best tak best
tak? Urmmm aku dah cuba nak tulis dengan sebest yang mungkin, tapi aku ni bukan
travel writer. Aku ni novelist. Haha. Apa-apa ajelah. Okay, tunggu next entry
okay!
3 comments:
Salam. Sy nak tanya homestay tu ada page tak. Mcm mana sy nk contact p.din tu eh?
Wasalam. Aina, boleh contact no ni +61 451 498 772 (Kak Ros)
apa kod no di depan??saya tak leh nak berhubung pown...de wahtsapp tak kak ros ni??awk kalo tak keberatan bole whatsapp sy no kak ros...0122264473.Tq awkkk
Post a Comment