Tuesday, July 28, 2015

Jalan-Jalan Gold Coast Australia Part 1

Ehem how to start eh? Since it has been a very long time I haven’t posted anything. Okay so why don’t we start all over? Oh, I mean… me. Kali ini aku  tak nak bercerita pasal penulisan. (New novel in progress, insyaAllah). So as to fulfill some requests from some people, aku nak share a short travelog about my travel and tour to Gold Coast, Australia. What? Australia. Yes, Australia!

Jadi alkisahnya begini. Aku sebenarnya dah cukup cukup stres untuk semester dua yang telah berlalu beberapa minggu lepas. Jujurlah aku kata semester tu banyak menguji keimanan aku. Tak perlulah kot aku cerita apa yang buat aku stres sangat tu sampai perlu ‘escape’ dan bawa diri jauh-jauh ke Australia agaknya? Hahahaha.

Alright. Aku pergi Australia ni ikut kawan-kawan surau ibu aku. Ye, aku pergi dengan golongan makcik-makcik. Nasiblah nak, senior citizen tourism bak kata istilahnya. Urusan perjalanan aku semua melalui salah sorang kawan ibu aku ni. Dia uruskan visa, tiket, penginapan kat sana so kerja aku bawa diri ajelah kan.

And the best thing is, (best?) aku pergi sorang. Sorang means any family member of mine or friends tak ikut sekali. Maknanya aku pergi ni dengan sekumpulan orang yang aku tak kenallah, or strangers we say. Memanglah kawan surau ibu aku, tapi itu ibu akulah yang kenal. Aku tak kenal. Risau? Of course I was tooooo worried.

Pengembaraanku sepatutnya bermula pada pukul 9.25 malam. Sampai KLIA 2 dalam pukul 6.30 ptg aku kumpul dengan group senior citizen aka kawan surau ibu aku tu depan Starbucks balai pelepasan. 
Maka bermulalah sesi aku cuba menyesuaikan diri dengan mereka.  

Dah naik flight patutnya tak lama lepastu terbanglah kan. Tapi disebabkan ada masalah teknikal sikit, hampir satu jam lebih juga penumpang-penumpang Air Asia X mereput dalam kapal terbang sebelum berlepas. Aku dah nak hangin dah tapi sabar, sabar… istighfar ye tak?

So dalam flight aku kerja tidur tidur dan tidurlah of course kan. Ni pun salah satu kerja aku jugak


Taking lots of pictures. Yalah, 8 JAM perjalanan kot. Memang jeruk aku jadinya.

Subhanallahi wa bihamdih!

Dan… akhirnya!!! Setelah 8 JAM perjalanan aku selamat mendarat di Coolangatta International Airport atau Gold Coast Airport. Air Asia X aje yang terbang direct turun di Coolangatta Airport ni. Kalau naik Malaysia Airlines korang akan turun di Brisbane Airport yang mungkin mengambil masa satu jam lebih untuk sampai ke Gold Coast.

Muka letih.

Okey ni part paling mendeborkan sekali. Imigresen Australia! Ya, sebelum pergi lagi aku dah banyak survey blog-blog orang tentang pengalaman melancong kat sini. Yang paling kontroversi sekali part imigresen tulah. Kata orang, imigresen Australia ni strict and banyak songeh.

Nak tahu apa jadi kat aku? Okey sebelum berangkat lagi ketua rombongan kami dah banyak kali peringat kat group whatsapp ‘Jalan-Jalan Gold Coast’ supaya be ready kalau kena soal siasat dgn imigresen sana. Aku ni kan jenis buat donno je, jenis ‘alaa takkan jadi punya kat aku’… maka aku pun tak adalah ambik kisah sangat jawapan-jawapan yang ketua rombongan kitorang sediakan kat group whatsapp in case kena tanya dgn imigresen Australia.

Alright. Maka lepas turun dari plane, aku pun bergeraklah ke Australia Border, di sinilah di mana pemeriksaan imigresen dan passport dijalankan. Beratur panjang gilos dan aku agak gementar juga sebenarnya.

Akhirnya, tiba giliran aku.

Pegawai imigresen tu perempuan minah saleh dah berumur. Dia cek passport aku macam biasa, senyum-senyum, have a nice day semua so aku fikir aku dah selamatlah. Huhhh… sekali dia kata,

“Please wait at the back,”

Aku dah seram sejuk. Kena tunggu? Serius weh aku cuak gila. Aku pandang aje ahli kumpulan aku yang lain semua dah lepas dengan mudah. Aih, kenapa aku sorang aje yang kena tunggu ni?
Maka aku pun tunggulah dengan perasaan hanya Allah yang tahu. Tiba-tiba sorang pegawai imigresen perempuan minah saleh yang lain muncul mintak passport aku.

Aku bagi. Lepas dia cek-cek passport aku, dia soal siasat aku dengan macam-macam soalan. Serius, aku memang cuak gila and time tu baru timbul penyesalan aku sebab tak ambil peduli segala jawapan yang ketua rombongan dah sediakan kat group whatsapp. But thankfully aku ingat sikit-sikit dan samar-samar jawapan dia. Hahhh.. serius engkorang, aku memang dah takut gila. Segala mak nenek soalan dia tanya pada aku sampai travel itinerary dengan tiket flight balik aku pun dia nak tengok kot! Nasib baik aku boleh control gelabah and the most important is, aku faham English dia. Nasib baik weh. Maklumlah, orang putih speaking tak macam orang Malaysia speaking kan?

Lepas dia soal-siasat aku, aku ingat dah lepas. No no no and nooooooooo! Dia suruh aku tunggu lagi. 

Dia ambik passport aku and dia bawak masuk ofis dia. Aku tak tahu dia buat apa weh tapi dalam kepala aku dah macam-macam benda mengarut terlintas. Aku dah terbayangkan agaknya aku ni tersenarai dalam senarai pengganas dikehendaki ke, aku dah terbayangkan dia bawak keluar anjing nak hidu-hidu aku ke… oh god!

Dalam beberapa minit jugak aku tunggu, akhirnya dia keluar dengan muka senyum-senyum.

“You can go. Enjoy your holiday!” Kata minah saleh tu selamba sambil hulurkan passport aku.

Ya Allah korang tahu tak betapa aku rasa nak sujud syukur kat situ??? Yalah, dalam ramai-ramai ahli kumpulan aku, aku sorang aje yang tersekat kat situ. Orang lain dah lepas dengan aman dah. Dahlah aku sorang diri tanpa keluarga di sisi (syahdu sikit).

Okey tutup cerita imigresen. Maka lepas urusan ambil beg semua, kitorang sekumpulan disambut oleh Pakcik Dan (Danial namanya). Kitorg panggil Pakcik Din. Hahaha. Dialah yang jadi ‘keluarga angkat’ kitorang kat sini bawak jenjalan semua.

Maka kitorg yang seramai 15 orang ni naiklah van. Toyota Hiace tak silap. Dan yang paling aku kagum plus jakun, kereta kat Australia ni kebanyakan disambungkan dengan apa nama entah benda alah tu kat belakang kenderaan khas untuk angkut beg. Ni rupa dia.

Macam keranda pulak kan?

Orait. Lepas bergerak dari Airport, maka kami meneruskan pengembaraan. Mula-mula perjalanan aku banyak termenung memandang ke luar tingkap, rasa tak percaya yang akhirnya kakiku menjejak ke bumi Australia ni. Sungguh rezeki Allah terlalu melimpah ruah pada aku. Ditambah pulak time tu hujan renyai-renyai dan sejuk dan aku pun dah start berjaket menambah pula effect syahdu tu.

Lama-lama aku hanyut…. (tidur!)

Sedar-sedar, aku dah sampai Movie World. Aikkk, aku ingatkan pakcik tu nak bawak kitorang balik tempat menginap dulu ke berehat-rehat.  Bayangkan, penat berjalan jauh belum hilang lagi kitorang direct ke taman tema tu! Aku pun tak boleh nak kata apa dah. Tapi as a tourism student, aku tak sokong part tu. Yang aku belajar, itinerary kena fleksibel. Okey dah dah… tak payah nak ke laut.
So nilah, Movie World.

Roller Coaster yang gilaaaa! Aku dipaksa naik. Menyesal, taubat tulah first and last time dalam hidup aku!




Batman! Haha.



Tweety!





So inilah kisahku pada hari pertama. Haha penuh suka dan duka. Duka? Erm duka jugalah. Jujur hari first tu aku susah sikit nak adapt dengan persekitaran, dengan perubahan waktu solat. (Kat sini pukul 5 ptg dah maghrib, pukul 6.30 ptg dah isyak kau). Orang putih kata 'Jetlag'. Haha ajet ajet jap. Tapi even beza dua jam pun, ianya suatu perubahan mendadak tau tak. Memang aku merungut jugak mula2 tu.

Tapi tempat solat jangan risau. Movie World ni ada surau tau. Di samping kau bergumbira berlagha laghaa jangan tinggal solat sesekali pun!

Malam tu kitorang pergi beli souvenirs kat Surfers Paradise. Ada satu kedai ni milik Chinese asal Malaysia. Tak adalah speaking situ. Semua bantai Bahasa Melayu dan dapatlah harga murah. Haha.

Apapun for the next day, sila lihat entry yang seterusnya ye. Thanks for wasting your time here. Hehehehe.


0 comments: