Tuesday, July 28, 2015

Jalan-Jalan Gold Coast Australia Part 2

Okay people. So this is the second entry about my vacation. Australia here we go!


Untuk hari kedua ni, pepagi lagi aku ingatkan spaghetti bolognaise ke, chicken chop ke yang menunggu. Sekali… tudia nasi lemak rasa Malaysia kaw-kaw punya! Haha. Oh ya, nak cerita yang aku ni duduk homestay di Helensvale. Homestay ni milik keluarga Pakcik Din (rujuk entri lepas), makan-makan kitorang kat sini semua isteri Pakcik Din yang kitorang panggil Kak Ros sediakan. Diorang asal Malaysia, tapi dah berhijrah lama kat Australia ni.

Rumah tempat kami menginap. Lawa kan?






Dah sarapan semua, mengikut itinerary hari ni kitorang akan melawat Currumbin Wildlife Sanctuary. Maka bergeraklah kami semua ke sana. Takpe, hakak payung gambar dulu ye!








Sesi cukur bulu bebiri. Hahaha.


Koala ni sakit. Nak kena bedah.

Aku tahu kalau pergi Australia mesti ini yang ditunggu-tunggu kan? Nah, aku payung kanggaroo dengan koala.






Kanggaroo sado? Hahaha.

AUD 23 hokey nak bergambor dengan haiwan busuk lagi comel ni. Bukan RM23!




Okay. Habis aje sesi di Currumbin Sanctuary, kitorang gerak pergi ambil angin kat Coolangatta Beach. Ambil pemandangan aje. Tak turun pantai pun. Dari atas dapatlah lihat kenit-kenit manusia yang sedang melakukan aktiviti surfing.





Belanja anak mat saleh satu!


So ini cerita hari kedua. Haha. Best tak best tak? Urmmm aku dah cuba nak tulis dengan sebest yang mungkin, tapi aku ni bukan travel writer. Aku ni novelist. Haha. Apa-apa ajelah. Okay, tunggu next entry okay!


3 comments:

A I N A said...

Salam. Sy nak tanya homestay tu ada page tak. Mcm mana sy nk contact p.din tu eh?

Izzah Haneefa said...

Wasalam. Aina, boleh contact no ni +61 451 498 772 (Kak Ros)

Unknown said...

apa kod no di depan??saya tak leh nak berhubung pown...de wahtsapp tak kak ros ni??awk kalo tak keberatan bole whatsapp sy no kak ros...0122264473.Tq awkkk