BAB
17
KALI
ini
Khalisah keseorangan. Tanpa ditemani sesiapa, langkahnya sederhana saja
berjalan ke setiap satu rak yang bersusun dengan bermacam barangan di pasar
raya itu. Sesekali bila matanya menangkap barangan yang ingin dibeli, lantas
dicekutnya lalu dimasukkan ke dalam bakul yang dijinjit.
Setelah semua barangan
yang diinginkan terletak di dalam bakul, Khalisah berjalan menuju ke kaunter
untuk membuat bayaran.
“I tolong.” Ada tangan tiba-tiba
menyambar beg plastik berisi barangan yang dibelinya.
Khalisah yang sedang
menyeluk dompetnya untuk mengeluarkan wang mengangkat muka. Membulat matanya,
terkejut dengan kehadiran lelaki yang tidak disangka akan muncul di hadapannya
itu!
Khalisah merengus.
Segera bayarannya dilangsaikan sebelum bergerak menjauhi kaunter.
“Sudahlah, Izham. Saya
boleh bawak sendiri.” Khalisah cuba merampas barangannya dari tangan lelaki
yang juga… tunangnya itu. Dia rimas!
Izham menggeleng. Dia
lebih lekas melarikan beg plastik itu agar tidak dapat dicapai oleh Khalisah.
“Kita lunch dulu? Ada sesuatu yang I
nak cakap dengan you.”
Khalisah memejamkan
matanya. Wajahnya yang biasa-biasa tadi kini penuh dengan kerutan… kerutan
tidak senang. “Tolonglah, Izham. Jangan buat I macam ni. I sibuk, tak ada masa
nak lunch dengan you. You pergilah
sendiri.” Sungutnya lalu cuba lagi merampas beg plastik yang berisi
barangannya. Ah, lelaki ini memang menyusahkan hidupnya!
“I tunang you. Takkan I
tak boleh tolong tunang I? Hmmm… you buat kerja apa sampai tak ada masa? Office tu bukan you punya ke? Please don’t make such excuse. You ikut
I, okey?” Izham tetap berkeras. Kini dia yakin yang wanita itu telah menjadi
‘miliknya’, maka dia tidak akan mengalah lagi pada wanita itu!
“Izham, tolong… I
mintak tolong jangan buat I macam ni! You tak ada hak nak paksa-paksa I, I
bukannya isteri you!” Khalisah mula meninggikan suara. Dia juga tidak akan
mudah tewas dengan lelaki ini!
Walau hakikatnya… dia
memang sudah ‘tewas’ dengan lelaki itu. Tewas kerana akhirnya lelaki itu
berjaya ‘mendapatkannya’ sebagai seorang tunang! Dan semestinya akan membawa ke
gerbang perkahwinan selepas ini. Jadi apa lagi? Khalisah memang sudah kalah!
“No. You kena jugak teman I lunch.”
Izham yang tetap dengan kepala batunya itu terus berjalan, tidak mempedulikan
Khalisah lagi.
Khalisah mengeluh
panjang. Keletihan menghadapi ‘semua ini’ yang tidak pernah dipintanya terasa
begitu melelahkan nafasnya!
Akhirnya, Khalisah
terpaksa mengakui yang dia kalah lagi. Langkah lelaki itu diekorinya dengan
hati yang separuh sehinggalah membawanya masuk ke dalam sebuah restoran yang
agak eksklusif yang terdapat di dalam pasar raya itu.
“Have a seat, my dear.” Izham yang agak berkeras tadi serta-merta
saja berubah menjadi agak gentleman sebaik
memasuki restoran itu. Salah satu kerusi yang terdapat di meja paling hujung
itu ditariknya perlahan, lantas mempelawa tunangnya itu dengan suara yang cukup
gemersik.
Khalisah tidak mampu
hendak berkata apa-apa. Sakit hatinya berhadapan dengan kerenah tunang yang
memang tidak pernah mendapat tempat di hatinya itu begitu menusuk. Sungguh,
terasa dirinya cukup hebat diuji!
Nak tak nak, Khalisah
duduk juga di tempat yang telah disediakan oleh si tunang.
Izham mengambil tempat
bertentangan dan menghadap tunangnya itu. Seketika kemudian, datang seorang
pelayan lelaki mengambil pesanan mereka.
Khalisah terus membatu.
Sepatah suara pun tidak dikeluarkannya. Akhirnya, Izham yang membuatkan pesanan
untuknya.
“Lisa, kenapa senyap? Please say something,” pujuk Izham
sebaik pelayan berbaju hitam tersebut berlalu pergi. Ya, bukan dia tidak
perasan wajah kelat yang terpamer pada tunangnya itu.
“Kenapa you paksa I?
You tak faham bahasa ke yang I tak mahu dengan you?” Khalisah melontarkan
pertanyaannya. Rasa amarah yang terdapat pada bicaranya sememangnya boleh
difahami oleh sesiapa pun.
“Sebab I sayangkan you.
You pun tak faham ke yang I betul-betul cintakan you? Only you, my dear.” Izham terus bermadah. Mungkin mengharap
tunangnya yang masih antara rela dengan tidak menerimanya itu akan cair.
Khalisah menggeleng
lalu berpeluk tubuh. ‘Kau dah buat aku merana, ingat senang-senang aje nak
pujuk aku?’ Hatinya berdesis penuh kesakitan.
“I betul-betul cintakan
you, Lisa. Takkan tak ada ruang langsung dalam hati you untuk I? Tolonglah bagi
I peluang. I akan buktikan yang I mampu buat you bahagia,” rayu Izham seperti
anak kecil yang terdesak meminta susu. Sememangnya lelaki itu sudah tidak boleh
berfikir rasional lagi. Apa jadi pun, dia hanya mahukan Khalisah!
“Izham, tolonglah… I
pun nak mintak tolong you. Kalau you betul-betul sayangkan I, kalau you
betul-betul cintakan I, I tak nak you buat semua ni pada I. You simpanlah semua
madah you tu sampai kita kahwin nanti. Untuk pengetahuan you, I tak nak kita
terlalu ‘mesra’ selagi kita tak kahwin,” tegas Khalisah. Menyatakan
pendiriannya yang sebenar.
Izham pula yang
menggeleng. Kini dia yang tidak faham dengan tunangnya itu. “Tapi kenapa? I kan
tunang you? I rasa tak salah kalau I nak luahkan cinta I pada you. Memang tak
lama lagi kita akan kahwin pun! So,
what’s the problem?”
“Izham, macam mana you
nak I faham you, macam tulah I nak you faham I. I cuma nak perkahwinan kita
nanti berlangsung dalam barakah ALLAH Taala. I tak nak kita buat
perkara-perkara yang tak sepatutnya selagi kita belum kahwin,” lanjut Khalisah.
Lebih tegas, agar tunangnya itu memahami.
Namun… seperti
sebaliknya pula. Penjelasan tunangnya itu hanya mengundang tawa Izham. “You
janganlah kolot sangat, sayang. Commonlah
orang bercinta, memanglah kena buat adat orang bercinta. Apa gunanya cinta
kalau saling diam membatu? Lagipun, tak lama lagi memang kita akan kahwin kan? So, janganlah risau ya?” Izham
mengakhiri kata-katanya sebelum mencapai tangan Khalisah yang berada di atas
meja dan digenggam lembut.
Khalisah terpana.
Tersentak! “Izham, you jangan ingat I ni perempuan murah yang senang-senang
saja boleh disentuh lelaki, termasuk you!!!” Kasar Khalisah menarik kembali
tangannya. Lekas dia bangun dari tempat duduknya. Dia tidak sanggup lagi… Izham
sudah melampau!
Izham terpinga-pinga.
Kini, amarahnya pula yang membara mengiringi langkah wanita itu yang
serta-merta saja meninggalkannya lalu keluar dari restoran tersebut.
SETELAH puas menangis di dalam kereta
selama dua puluh minit, barulah Khalisah keluar. Dengan langkah yang nampak
lesu, dia berjalan masuk ke dalam rumah mewah itu. Wajahnya yang dicalit
sedikit solekan nipis luntur semuanya dek kesan air mata yang tidak
berhenti-henti mengalir semenjak peristiwa di restoran tadi.
‘Aku benci Izham!
Benci!’ Hati wanita itu masih tidak puas membentak. Nama Izham kini bukan saja
tidak mahu didengarinya, malah dia cukup benci mendengar nama lelaki itu!
Lelaki yang sengaja mahu mengambil kesempatan atas dirinya. Arghhh!
“Hei, Lisa… kenapa ni?”
Puan Sri Lydia yang sedang bersantai-santai menonton televisyen terkejut
melihat anak perempuannya itu masuk dengan muka yang agak ‘serabai’.
Khalisah tersentak. Dek
terlalu melayan perasaan, sampai tidak perasan yang mamanya ada di ruang
menonton itu. “Uhummm… tak ada apa-apalah, ma. Mata masuk habuk.” Helahnya. Ibu
jarinya menguis-nguis kelopak mata yang masih bersisa dengan cecair jernih.
“Mata masuk habuk? Lisa
nak bohong mama pun agak-agaklah. Takkanlah mata masuk habuk sampai muka tu
jadi macam hantu!” Bidas Puan Sri Lydia. Dia tahu anaknya itu berbohong. Masak
benar dia dengan perangai anak daranya itu.
Khalisah berhenti
menangis terus. Muka macam hantu? Dengan hati yang mula tidak sedap, Khalisah
berlari menuju ke cermin berdekatan yang tergantung pada dinding.
Dan…warghhh!!!
“Lisa, Lisa ada
masalah, sayang? Kenapa teruk sangat anak mama ni?” Puan Sri Lydia datang
menghampiri anaknya yang berdiri di depan cermin itu. Kepala Khalisah
diusap-usapnya.
Khalisah tidak
menjawab. Wajahnya disapu-sapu dengan telapak tangan. Ya, dia akui yang
penampilannya tidak terurus. Celak Arab yang dikenakan pada bening matanya
sudah luntur ke pipi… patutlah mamanya mengatakan yang mukanya macam hantu!
“Eh, janganlah sapu
muka tu. Lagilah kotor nanti! Ni, cuba cerita pada mama apa yang dah jadi pada
Lisa ni?” Puan Sri Lydia menampar telapak tangan Khalisah yang masih
menggosok-gosok mukanya itu. Alahai Khalisah… macam budak kecik saja!
Khalisah memang
tertekan menonggeng ketika ini. Segala apa yang dilakukannya semua di luar
kawalan emosi. Esakannya kembali kedengaran. Sedih betul dia!
“Lisa, apa yang dah
jadi? Cerita pada mama!” Puan Sri Lydia sudah menaikkan suara. Risau dengan
ragam anaknya yang tidak diketahui puncanya itu. Bahu Khalisah digoncang-goncangnya.
“Izham, ma…”
“Izham? Kenapa dengan
Izham?” Puan Sri Lydia membeliakkan biji mata. Dadanya mula berdebar-debar.
Khalisah menjatuhkan
kepala ke bahu mamanya. Tidak sanggup hendak menanggung kesedihan itu seorang
diri. Harap-harap, mamanya memahami.
“Lisa, kenapa dengan
Izham? Bagitahu mama, Lisa! Kenapa?” Puan Sri Lydia terjerit-jerit pula.
Menebal kerisauannya. Risau dengan pelbagai kemungkinan buruk!
“Izham… Izham sengaja
sentuh Lisa. Lisa benci dia!” Khalisah terus beresakan.
Bercantum kening Puan
Sri Lydia mendengar jawapan anaknya itu. “Sentuh Lisa? Maksudnya? Dia nak buat
tak elok pada Lisa ke?”
Khalisah mengangkat
kepalanya semula, lalu menggeleng laju.
“Habis?” Puan Sri Lydia
kebingungan. Apa masalah sebenarnya ni?
“Dia… dia… dia sengaja
pegang… tangan Lisa.” Teresak-esak Khalisah menuturkan ayatnya. Diikuti pula
dengan tangisan selepas itu.
Puan Sri Lydia melongo.
Jawapan anaknya itu membuatkan kepalanya bertambah bingung. “Dah tu? Dia ada
raba-raba ke?”
“Tak! Dia tak raba.”
Khalisah menggeleng laju lagi.
“Jadi? Kenapa sedih
sangat?” Puan Sri Lydia masih tidak faham.
“Sebab dia pegang
tangan Lisalah!”
Puan Sri Lydia menghela
nafas. “Lisa, cakap betul-betul. Dia nak buat apa pada Lisa sebenarnya?” Nada
suaranya cuba diperlahankan. Manalah tahu dia akan memahami apa yang cuba
disampaikan oleh anaknya itu selepas ini. Sekarang ini dia hanya tidak faham di
mana bahagian ‘cerita’ Khalisah yang membuatkan anaknya itu menangis bagai nak
rak sebegini!
Khalisah cuba
menenangkan dirinya walaupun bahunya masih terinjut-injut beresakan. Air
matanya disapu-sapu lagi dengan tapak tangan walau sudah dihalang oleh mamanya
tadi. “Lisa tak suka Izham pegang tangan Lisa!”
“Tak, sekarang ni mama
tak faham. Apa yang Lisa sedihkan sangat bila Izham pegang tangan Lisa?”
“Sebab Lisa tak nak dia
pegang tangan Lisalah, ma. Sebab tu Lisa sedih. Dia kurang ajar, ma! Dia tak
hormat Lisa!” Khalisah masih serius dengan kata-katanya. Dia sungguh berharap
yang Puan Sri Lydia akan mengerti.
Puan Sri Lydia bercekak
pinggang. Keningnya kembali bercantum memandang anak daranya itu. “Maknanya
Izham cuma pegang tangan Lisa? Dan sebab itu aje Lisa menangis macam
budak-budak. Begitu?”
Khalisah mengangguk.
Namun seketika kemudian dia menggeleng-geleng lagi. “Mama, mama tahu kan yang Lisa
dengan Izham belum kahwin? Takkan mama tak tahu yang Lisa dengan dia mana boleh
bersentuhan!”
Puan Sri Lydia menepuk
dahi. Sesak dadanya. “Hmmmm… Lisa, pegang tangan tu biasalah. Memanglah Lisa
dengan Izham belum kahwin dan akan kahwin tak lama lagi. Tapi kau orang dah
bertunang. Mama tak nampak mana rasionalnya Lisa kena menangis macam
budak-budak sebegini! Come on, Lisa!”
Khalisah melopong.
Terkilan! “Mama, sebab Lisa dengan dia hanya tunanglah kami tak boleh
bersentuhan! Hukum agama kata macam tu, ma. Takkan kita nak lawan?”
Bersungguh-sungguh dia mempertahankan pendiriannya. Harapannya agar mamanya itu
mengerti nampaknya sudah hancur!
Puan Sri Lydia tergelak
kecil walaupun hal itu bukanlah lucu pun. Kedua-dua belah tangannya lantas
memegang bahu anak daranya itu. Pandangan mata mereka bertemu.
“Lisa, dengar sini. Lisa dengan Izham dah bertunang.
Bertunang maknanya tak lama lagi kau orang akan berkahwin. So, tak ada apa-apa yang nak dirisaukan atau yang nak disedihkan
sebenarnya. Kau orang memang dah diikat dengan perhubungan. Tak ada salahnya
kalau dia nak pegang tangan Lisa ke, atau Lisa nak pegang tangan dia ke… come on, Lisa! Adat orang bercinta
memanglah macam tu. Tak ada apa yang pelik! Tolonglah, be positive, Lisa. Ini bukan zaman dulu, bercinta dalam diam
lepastu mak bapak aturkan. Sampai hari kahwin baru jumpa! Ini zaman sekarang,
Lisa. Zaman sosial. Benda tu dah jadi common.
Sepatutnya benda kecik macam tu tak payah dibesar-besarkan. Lagipun, dia
bukannya buat benda tak senonoh pada Lisa kan? Dia tak cabul atau raba Lisa
kan???” Puan Sri Lydia mencamurkan segala pendapatnya.
Khalisah terpana.
Sungguh… sungguh dia tidak boleh menerima kata-kata mamanya!
Cengkaman mamanya pada
bahunya dilepaskan serta-merta. Lalu, Khalisah berlari menuju ke tingkat atas…
membawa hati yang remuk-redam.
8 comments:
(^___^)
astaghfirullah halazim..
teruknya izham.. sian kat khalisha tu..
astaghfirullah halazim..
teruknya izham.. sian kat khalisha tu..
sambung lg..xske watak izham..mak khalisah ni pn satu..xtahu hukum lgsg
Assalam izzah,
sambungla lg...best citer ni..ada ciri2 islamik...
masyallah mama Lisa x tau hukum hakam agama..... ish..ish.. kesiannya... ok teruskan usaha.. best sgt ni... jgn lupa update lagi ok..:)
hmmm...berdasarkan dari bab1-bab 17, sya rasa mungkin dlm bab 18, mesti berlaku satu insiden yg menyebabkan...khalisah putus tunang dgn izham...dan oleh kerana tan sri dah dapat hidayah, dan hbgn bainknye dgn faqih...rasanye...faqih...akan mengantikan izham...huhu.....nice works...i will continue...read it out...dont forget to advertise if the novel is already out...i'm surely will bought it...insya allah
sweet sgt citer ni...
Post a Comment