BAB
13
PERJALANAN
pulang
pada petang itu terasa agak meletihkan kerana hari ini dia tidak duduk
sepanjang masa di butiknya. Tadinya dia singgah ke tempat pembekal kain untuk
berunding tentang pembekalan stok kain
untuk syarikatnya. Selaku bos, siapa lagi kalau bukan dia yang perlu
bertungkus-lumus?
Nah, sekarang jalan
sesak pula! Khalisah menguap kecil. Berhadapan dengan jalan raya yang sesak
sebegini bukan suatu perkara asing di Kuala Lumpur. Tetapi masalahnya, dia
sudah mengantuk! Lagi teruk, kepalanya sudah ‘terangguk-angguk’ beberapa kali
sepanjang perjalanan itu. Memang bahaya!
Hampir empat puluh
minit tersekat dalam kesesakan di kota metropolitan itu, akhirnya tercapai juga
hajat Khalisah hendak melihat rumahnya tersergam di depan mata. Ahhhh… alhamdulillah,
sampai juga!
Namun, ketika kereta
Khalisah melepasi pagar rumahnya, kelihatan sebuah kereta yang memang pasti
bukan milik keluarganya sedang elok terparkir di tempat biasa Khalisah
meletakkan keretanya. Nak tak nak, Khalisah terpaksa memarkir keretanya di
tempat lain.
‘Siapa pulak ni?’
Khalisah tertanya-tanya sendiri. Perlahan dia menutup pintu keretanya semula.
Pintu depan rumah
banglo itu tiba-tiba terkuak dari dalam. Khalisah tidak jadi meneruskan
langkah, hendak melihat siapa yang akan keluar dari balik pintu tersebut.
“Terima kasihlah, you.
Lega hati kami ni. Tercapai jugak hajat anak teruna kami tu akhirnya,” kata
wanita yang pertama keluar dari balik pintu tersebut. Wajahnya nampak bahagia.
“Yalah, Izreen. I pun
dah lama berkenan kat dia. You jangan risaulah. Semuanya akan berjalan lancar
nanti.” Muncul pula seorang wanita yang amat dikenali oleh Khalisah… siapa lagi
kalau bukan mamanya!
Seketika kemudian,
muncul pula Tan Sri Kamarul dan seorang lelaki sebayanya sedang rancak berbual
sambil berjalan menghampiri kereta ‘asing’ yang elok terparkir itu.
Khalisah membulatkan
biji mata. Mama dan papa Izham!
‘Apa yang diorang buat
kat sini?’ Serta-merta Khalisah menjadi gelisah. Terbayang semula akan
perbualan dengan mamanya beberapa hari lepas. Tanpa selindung atau kiasan, Puan
Sri Lydia berterus-terang kepada Khalisah tentang keinginannya untuk
bermenantukan Izham!
Entah kenapa, Khalisah
merasakan jiwanya perit sangat. Sungguh perit… bermacam-macam kemungkinan yang
tidak pernah diimpikan mula menghantui pemikirannya.
“Eh, Khalisah! Apa
khabar, sayang? Lama tak jumpa Lisa.” Datin Izreen menyapa ramah wanita yang
dari tadi tegak berdiri memerhati itu. Telapak tangannya dihulurkan.
Sayang? Sungguh
Khalisah agak terkilan dengan panggilan itu. Namun, huluran tangan itu
dibalasnya juga lalu dikucup lembut. “Alhamdulillah, datin. Saya sihat.”
“Eh, jangan
berdatin-datin lagi. Panggil mummy ya?
Biasakan diri dulu,” pinta Datin Izreen. Seakan tidak perasan langsung
garis-garis kegusaran yang jelas terpancar di wajah gadis itu.
Khalisah mengerutkan
dahi. Mummy? Kenapa pula dia perlu
memanggil wanita berada ini dengan panggilan sebegitu?
“Lisa, kenapa balik
lambat?” Puan Sri Lydia menegur anak gadisnya itu. Ya, dia menyedari perubahan
pada riak wajah Khalisah. Bukannya dia tidak tahu isi hati anak perempuannya
itu!
“Errr… jalan sesak, ma. Tu yang lambat sikit.”
Datin Izreen tiba-tiba
mengusap-usap pipi Khalisah. “Jaga diri baik-baik ya, sayang. Mummy balik dulu.”
Khalisah terkesima
sekali lagi. Terkesima dengan perlakuan spontan mama kepada Izham, lelaki yang
terlalu menaruh harapan kepadanya itu. Ya ALLAH…
“Okeylah, Lydia.
Apa-apa hal nanti I call you. I balik
dulu ya.” Datin Izreen meminta izin mengundur diri. Seketika kemudian, wanita
itu berjalan dan masuk ke dalam keretanya bersama-sama suaminya yang sudah
turut menamatkan perbualan dengan Tan Sri Kamarul.
Khalisah masih tegak di
situ… kebingungan. Cuma matanya yang bergerak-gerak memerhati kelibat kereta
mewah yang semakin hilang dari padangan itu.
“Lisa, kamu nak berdiri
kat situ ke? Masuk dalam sekarang. Mama nak cakap sikit.” Agak tegas Puan Sri
Lydia memberikan arahannya. Lalu masuk ke dalam bersama-sama Tan Sri Kamarul
yang hanya memandang anak daranya itu dengan pandangan kosong.
Khalisah meneguk liur
yang terasa perit untuk ditelan. Keseriusan yang jelas pada gaya mamanya sudah
cukup menimbulkan rasa cuak dalam hatinya. Ya ALLAH, tenangkanlah hati ini!
“Mama nak cakap apa
dengan Lisa?” Khalisah bertanya sebaik saja melabuhkan punggung di sofa ruang
tamu, berhadapan dengan tempat duduk Puan Sri Lydia.
Puan Sri Lydia
menegakkan badan. Wajah anak perempuannya itu dipandang kosong. “Tadi Datin
Izreen merisik Lisa untuk Izham.”
Khalisah menggumam
bibir. Dia tidak terkejut kerana sudah mengagak awal-awal lagi akan hal itu.
Namun, debaran di hatinya tidak mampu dielakkan.
“Errr… jadi?”
Teragak-agak Khalisah bersuara. Sememangnya dia amat takut jika akan mendengar
sesuatu yang tidak diingininya dari Puan Sri Lydia!
Puan Sri Lydia menghela
nafas kecil. “Mama terima. Seminggu lagi Lisa akan bertunang dengan Izham.”
Khalisah mengangkat
wajahnya. Anak matanya yang mula bertakungan tepat menghala ke wajah Puan Sri
Lydia. “Ma, kenapa mama tak bincang dengan Lisa dulu?” Bergetar-getar suaranya
menahan sebak.
“Kan mama dah bagitahu
Lisa hari tu? Lisa tak bagi respon, so mama
anggap Lisa terima pinangan keluarga Izham,” jawab Puan Sri Lydia. Begitu saja.
“Tapi mama kan dah
janji… mama janji akan setuju dengan siapa pun yang Lisa pilih asalkan Lisa
bahagia. Masalahnya, Lisa tak nakkan Izham. Lisa tak tahulah boleh bahagia ke
tak dengan dia. Lisa tak nak dia, ma.” Khalisah merayu seperti anak kecil. Itu
sajalah cara yang terlintas di fikirannya tika ini untuk menegaskan
ketidaksetujuannya.
Puan Sri Lydia
menggeleng. “Mama percaya yang Lisa akan bahagia dengan Izham. Lagipun, apa
kurangnya Izham, Khalisah? Dia ada master,
ada kerja bagus, ada harta, rumah, kereta… semua lengkap! Beritahu mama,
apa lagi yang Lisa rasa tak cukup?”
Khalisah kelu mendengar
bidasan mamanya. Bukan dia tidak tahu hendak menjawab, malah seribu satu hujah
boleh menjadi senjatanya untuk membangkang keputusan mamanya. Namun, dia cuma
terkilan… terkilan dengan pendirian mamanya selama ini.
Mamanya cuma memandang
kecukupan harta-benda sebagai syarat untuk melahirkan rasa cinta! Itu yang
membuatkan Khalisah kebuntuan sebentar…
“Lisa, mama cuma nak
yang terbaik untuk Lisa. Mama takkan pernah letakkan anak mama pada situasi
yang boleh mengancam kebahagiaan anak mama sendiri. Mama tahu ini yang terbaik,
sebab itu mama buat semua ni.” Bicara Puan Sri Lydia semakin reda. Tidak
sekeras dan setegas tadi. Cuma kata putusnya yang masih ditegaskan.
Khalisah tunduk.
Membiarkan cecair jernih yang bertakung tumpah lalu menitik ke ribanya. Hancur
sungguh hatinya!
Puan Sri Lydia terus
bangun dari tempatnya. Tidak memujuk anak gadisnya itu, terus saja dia
menghilang ke tingkat atas.
“Lisa.” Ketika hatinya
masih diruntun kepedihan, terasa ada sentuhan lembut mengena bahunya.
Khalisah mengangkat
wajah. Jelas pipinya sembab. “Papa…”
Tan Sri Kamarul
tersenyum hambar. Lalu duduk di sebelah anak perempuannya itu. “Papa dah cuba
cakap dengan mama, supaya berbincang dengan Lisa dulu. Tapi… Lisa faham macam
mana mama kan? Hmmm… sabarlah, nak. Kan Lisa yang selalu cakap selama ni,
setiap perkara ada hikmahnya. Jadi, Lisa terimalah. Anggap semua yang berlaku
ni mesti ada hikmahnya.” Lelaki itu cuba memberikan nasihat terbaik yang mampu
diutarakannya sebagai seorang bapa. Bahu Khalisah dipeluknya lalu ditepuk-tepuk
lembut.
Khalisah tidak mampu
bersuara lagi. Kesedihan sudah menguasai emosinya. Ya ALLAH… ketika ini, aku
hanya mahukan kekuatan dari-MU!
Perlahan-lahan Khalisah
mendaratkan kepala ke bahu Tan Sri Kamarul. Moga-moga papanya akan mengerti
kepedihan yang telah menambah luka pada hatinya kini.
“SEMUA seratus lima puluh ringgit,
taukeh,” kata lelaki cina berbadan gempal itu. Tangannya sudah siap sedia
dihulurkan.
“Hah? Seratus lima
puluh? Kenapa mahal sangat?” Tempik wanita itu, betul-betul tidak berpuas hati
dengan bayaran yang dikenakan.
“Hai, kau jangan banyak
soallah. Hari tu bukan kau dah janji ke nak tanggung ganti rugi aku? Mahal tak
mahal, kau kena bayar jugak. Aku tak peduli. Aku cuma nak tahu kereta aku
cantik balik aje!” Hakimi bercekak pinggang. Keningnya diangkat memandang
wanita itu, memang gaya hendak mencari gaduh.
Lelaki cina itu
menggaru-garu kepala. “Haiyaa amoi… lu pakai Mini Cooper takkan seratus lima
puluh lu tak boleh bayar? Ini kemik ada banyak teruk jugak. Sebab itu mahal
sikit,” bebelnya.
“Haaa, betul tu apek!
Apapun, terima kasih ya apek. Boleh saya ambik kereta saya dulu? Itu duit lu
mintak sama ini perempuan!” Hakimi tidak kuasa hendak melihat pertelagahan
antara perempuan yang digelarnya minah sengal itu dengan lelaki Cina bertubuh
gempal tersebut. Dia sudah tidak
sabar-sabar hendak memandu Prevenya semula!
“Eiii… kau ni sengaja
aje kan nak susahkan hidup aku?” Adriana menghentak-hentak kaki pula. Sakit
sungguh hatinya berhadapan dengan lelaki kerek ini! Kenapalah dia dipertemukan
dengan lelaki gila ini?
“Eh eh… bukan kau ke
yang cari pasal dengan aku? Itulah, lain kali mata tu letak kat atas hidung,
bukan dalam lubang hidung! Sengal!” Hakimi tidak melepaskan peluang
menghamburkan rasa geramnya.
“Haiya, lu orang mau
gaduh kasi cari tempat lain meh! Wa sudah betulkan itu kereta, sekarang wa mau
itu duit saja. Wa tak mau dengar lu gaduh!” Lelaki Cina itu juga sudah naik
berang melihatkan bengkelnya kini menjadi gelanggang ‘gusti mulut’ pula antara
lelaki dan wanita itu.
“Hei, bisinglah lu,
apek! Apa lu ingat wa tak ada duit ka? Nah, duit lu wa bayar! Puas?” Adriana
menarik sekeping not seratus ringgit dan sekeping not lima puluh ringgit dari
beg duit yang dipegangnya. Betul-betul dihalakan duit itu ke muka Cina gempal
tersebut.
“Haha. Okey, amoi. Wa
tulis itu resit sekejap. Lu tunggu sini!” Setelah mendapat bayarannya, tidak
menyempat-nyempat lelaki Cina itu berlari ke meja kaunternya dan menulis
sesuatu.
“Hmmm… apapun, terima
kasih. Lain kali hati-hati. Muka lawa tapi mata letak kat lubang hidung pun tak
guna jugak!” Hakimi mencebik. Sempat dia menembak wanita itu dengan ‘ayat
manisnya’ sebelum berlalu pergi dengan Prevenya yang telah pulih dari
‘kecederaan’ itu.
“Arghhh… mamat sewel!
Muka hensem tapi mulut busuk macam loji taik!” Adriana menjerit seorang diri
walaupun dia sedar yang Preve itu sudah hilang dari pandangan.
Beberapa orang yang
turut melihat adegan itu hanya menggeleng. ‘Si lelaki dengan si perempuan,
dua-dua mereng!’
ADRIANA melepaskan keluhan lega. Fuhhh…
satu ‘bala’ sudah dapat ditangani. Nah, sekarang apa lagi? Sekarang dia mahu
relaks dahulu. Mencari baki-baki ketenangan yang masih tinggal untuknya.
Akhirnya, kereta
Adriana memasuki perkarangan sebuah masjid. Kenapa dia ke masjid? Kerana hanya
itulah satu-satu tempat di mana dia boleh meletakkan keretanya selama mana yang
dia mahu tanpa dihalau oleh sesiapa.
Brek diangkat. Cermin
keretanya diturunkan lalu enjin pula dimatikan. Kepalanya disandarkan pada
kepala kerusi. Ah, terasa sedikit lega!
Faqih… sebaris nama itu
terus berlegar-legar di mindanya.
Walaupun insiden
semalam seperti sudah jelas menyatakan bahawa dia telah tersalah sangka
terhadap lelaki yang menunggang Ducati itu, namun dia tidak tahu kenapa hatinya
tetap berdegil untuk mengiakan. Lelaki itu memang Faqih!
Tetapi semalam… Faqih
yang sebenar hanyalah menunggang motosikal buruk dan tinggal di kawasan
perumahan sederhana. Tidak pula seperti hari yang sebelumnya, menunggang Ducati
dan tinggal di perumahan mewah!
Adriana menarik nafas
dalam lalu dilepas perlahan-lahan… walau apa pun, dia tetap akan terus
menyiasat hingga kebenaran terungkai!
Suara azan berkumandang
di langit… menandakan waktu Asar sudah tiba. Ah, sekejap sungguh masa berputar!
Adriana memejamkan
matanya. Suara azan bagai tidak langsung menggerakkan keinginannya untuk
menyahut seruan ILAHI itu. Fikirannya terus berputar-putar entah ke mana.
Sehinggalah suara imam
menyuruh supaya jemaah meluruskan saf di dalam masjid, wanita itu masih
membatu. Cuma matanya yang terpejam kini terbuka.
Takbiratul ihram
beralun tenang.
Adriana menghidupkan
enjin keretanya semula. Sekarang, jiwanya sudah tenang sedikit. Dia mahu
pulang.
Namun… matanya
tiba-tiba tertancap ke suatu arah. Motosikal Faqih!
Adriana terkebil-kebil
sebentar. Faqih ada di sini? Nah, inilah peluangnya!
Wanita itu keluar dari
kereta. Semangatnya berkobar-kobar kembali untuk meneruskan ‘misinya’.
Motosikal Honda C70 itu dihampiri. Sah, ini memang motosikal buruk yang
digunakan oleh jejaka tampan itu!
Adriana masih belum
puas. Tidak cukup dengan itu, dia bergerak pula menuju ke beranda masjid. Dari
balik pintu, dia mengintai ke ruang solat… di mana jemaah lelaki sedang
bersolat.
Mata Adriana lebih
membundar kini. Betulkah apa yang sedang dilihatnya?
SELESAI bersalam-salaman dengan para jemaah
seperti biasa, Faqih menuju keluar dari dewan solat. Ketenangan yang diperoleh
menghasilkan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Motosikalnya dihampiri
sebaik dia menyarung selipar.
“Faqih…” Ada suara
lembut menegur dari belakang.
Faqih lekas memusing
tubuh mendengar namanya disapa. Namun, hampir-hampir gugur jantungnya sebaik
melihat gerangan yang berdiri di belakang itu. “Adriana!”
Adriana tersenyum
tawar, nampak seperti dibuat-buat. Matanya tidak berkelip langsung memandang
Faqih yang segak berjubah putih serta berkopiah itu. “Faqih, tak payah nak
berselindung apa-apa lagi. Saya dah tahu siapa awak.”
“Tahu apa?” Faqih cuak,
turut bercampur kebingungan. Tidak sangka yang wanita ini boleh muncul di
belakangnya tiba-tiba!
“Humhum… Ustaz Muhammad
Faqih bin Farhan Al-Hafiz, imam satu Masjid As-Salam. Hai, lucu… lucu…” Adriana
ketawa sinis. Salah satu misteri sudah terungkai… bermakna misinya hampir
berjaya! Faqih bukanlah orang ‘biasa-biasa’. Sudah diagak, lelaki itu memang
ada menyembunyikan ‘sesuatu’ selama ini.
Faqih mengetap bibir.
Tiada apa yang boleh dinafikan kerana… apa yang disebut oleh wanita itu benar
belaka.
“Saya ingat awak ni
bijak sangatlah. Lain kali kalau nak ‘menyamar’ pun pandai-pandailah. Ni tidak,
jelas terpapar dekat papan kenyataan itu nama awak sebagai imam masjid ni.”
Adriana berpeluk tubuh. Bibirnya dimuncungkan ke arah papan kenyataan yang
tergantung di dinding masjid.
Faqih menghirup nafas
kecil. Fahamlah dia kini bagaimana Adriana boleh mengetahui perihalnya. “Cik
Adriana, saya tak pernah menyamar pun. Dah memang cik tak kenal saya, memanglah
cik tak tahu siapa saya.”
“Sudahlah, Ustaz Faqih.
Kalau dah sampai jadi pemandu tu tak menyamar ke? Apa motif ustaz sebenarnya
ha?” Adriana tidak mahu perbualan tersebut terus terhenti. Dia mahu mengetahui
perihal lelaki di hadapannya ini sebanyak mana yang boleh. Dan… panggilan
terhadap Faqih pun tiba-tiba saja bertukar menjadi ‘ustaz’!
“Kalau saya cerita kat
awak pun bukan awak faham. Nanti awak kata saya tak betul pulak. Hmmm… apapun,
saya mintak janganlah dihebohkan perkara ni pada tan sri termasuk keluarga dia
sekali pun,” pinta Faqih. Suaranya kembali tenang berbanding tadi.
“Ustaz tahu siapa saya?
Saya sepupu Khalisah. Tan Sri Kamarul bapa saudara saya! Jadi, saya pun
keluarga tan sri. Tapi saya dah tahu rahsia ustaz.” Adriana mengangguk-angguk
perlahan kepalanya, seperti memberikan isyarat ‘mengugut’ dengan mata yang
mengecil.
“Oh, keluarga tan sri
jugalah ni? Okey, tak apa. Tapi saya mintak tolong awak tetap jangan beritahu
apa-apa pada tan sri.” Faqih gusar juga. Namun, dia perlu betul-betul meminta
tolong wanita itu kali ini.
Adriana mengangkat
bahu. “Ustaz Muhammad Faqih Al-Hafiz, lulusan sarjana muda Takhassus Qiraat
dari Maahad Qiraat As-Shubra, Mesir. Oh
my god, dahsyatnya ustaz!” Wanita itu terus mencamurkan segala ‘fakta’ yang
diketahuinya selama ini. Ya, selama ini! Kerana dia memang sudah lama mengenali
lelaki di hadapannya ini.
Faqih mengerutkan dahi.
“Mana awak tahu semua tu?”
“Haha… ustaz ni
luculah! Kan saya dah kata tadi, kalau nak ‘menyamar’ ustaz kena pandai-pandai.
Saya kenal ustaz dari TV-lah. Macamlah saya tak kenal ada ustaz tu
kadang-kadang bagi ceramah kat Soallah Ustaz pagi-pagi tu. Ingat saya seksi
macam ni saya tak tengok rancangan tu? Itulah rancangan wajib yang saya tengok
setiap pagi tau!” Panjang lebar dakwaan Adriana. Merungkai kebingungan lelaki
yang sebenarnya ustaz di hadapannya ini. Tapi wanita itu hairan juga… kenapa
Ustaz Faqih ini masih mahu menyembunyikan identitinya kepada orang-orang
tertentu sedangkan identitinya memang sudah disiarkan secara meluas pun sebelum
ini? Tidak terfikirkah ustaz muda ini jika golongan yang diharapkannya agar
tidak mengetahui identitinya itu bakal mengetahui juga suatu hari nanti?
“Hmmm…” Faqih hendak
bersuara, tetapi tidak mampu. Ternyata percaturan yang dibuatnya selama ini
silap!
“Patutlah saya dah lama
tak nampak ustaz bagi ceramah kat Soallah Ustaz. Rupa-rupanya, ustaz bekerja
dengan bapa saudara saya. Jadi pemandu pulak tu. Hishhh, saya memang tak faham
kenapa ustaz sanggup buat semua tu!” Adriana terus mengomel. Hatinya memang
puas kini! Puas kerana ‘misinya’ sudah berjaya! Walau sebenarnya, masih banyak
persoalan lain yang mengasak mindanya tentang Ustaz Muhammad Faqih itu.
“Jangan bagitahu tan
sri. Itu saja yang saya minta tolong dari awak.” Faqih terus mengulangi
permintaannya.
9 comments:
akak... tak mau khalisha kahwin ngan izham
hehe... nanti ye.. ada kejutan :D
:0 subhanallah bckground Faqih~ hopefully Khalisah x smpy kwin ngan Izham..
-Alia-
Assalam izzah, bagus karya awak ni...jarang nak jumpa hero dlm novel yg kaya tp islamik mcm faqih..teruskan berkarya...
cerita yg cukup lumayan baik menurutku....sukses....
sis, bila nak keluar novel nii? nnt update tauu kat sini.
Sedih sngt bce novel ni :'( hukhuk tapi jalan cerita dia menarik sngt . Hoho sampaikan ana pun ad angan2 nk suami mcm faqih tu . Kalaulah realiti :D
Asalam akak....boleh saye tahu mcm mana akk mendapat ilham untuk tulis ni??.....lol...teruja saya baca haha...mcm baca kisah diri sndiri pula.... apa2 pun saya bangga akak guna nama "Khalisah" & "Khalis" :)
Brilliant... n_n
Post a Comment