Wednesday, July 29, 2015

Jalan-Jalan Gold Coast Australia Part 5 (Last)

Hari last. Sedih. Macam tak percaya masa berlalu cepat sangat. Hari ni, pergi Brisbane, ibu kota Queensland. Oh aku belum terangkan lagi eh, Gold Coast ni nama tempat. Ianya terletak dalam negeri Queensland di negara Australia.  Dalam satu jam perjalanan dari Gold Coast gitu.


Perasan tak apa yang aku perasan? Haha. Berbanggalah wahai anak Kelantan sekalian!


 
Singgah shoping di Direct Factory Outlet dulu.
 Kat Direct Factory Outlet ni, takde tempat solat tau. Maka sudahnya? For the first time ever aku solat tepi jalan kat tempat parking. Rasa insaf kejap negara sendiri penuh dengan kemudahan.


Ni kat museum. Museum apa entah tak ingat pulak. Sorry!






Eye on Brisbane? Eh suka hati aku aje. Haha. Tak ingatlah. Tapi aku naik benda alah ni.


Brisbane River Taxi. Bahagian akhir yang penuh kesayuan.

Pasang angan-angan untuk further study sini. University of Queensland.




Maka sampai di situlah perjalananku di bumi Australia. Keesokannya pagi-pagi lagi dah naik flight berangkat pulang ke tanah air. Ha, imigresen lagi. Eh tak, kali ni kastam pulak rampas gunting dengan Listerine aku. Alahai, ada-ada ajelah yang tak kena aku ni.

Oh dari awal cerita ni korang mesti tertanya-tanya kan siapakah gerangan gadis comel yang selalu bergambar dengan aku tu? Dia anak kawan surau ibu aku. Tak adalah baya aku sangat pun. Umur dia baru 14, tapi dia kamceng dengan aku. Kat Australia sana dialah kawan aku, roommate aku. Dialah yang layan kerenah aku nak bergambar bermacam-macam gaya. Haha. Sorry Mimi kalau akak annoying!

Oh ini ada beberapa keping gambar lagi nak belanja. Enjoy and terima kasih for reading!


Tempat segala ubat-ubatan dijual. Kinda a pharmacy.




Jalan-Jalan Gold Coast Australia Part 4

Hari keempat. Nak dijadikan cerita, tiket yang aku guna untuk masuk Movie World tu rupanya sekali dengan masuk taman tema Sea World. Ceritanya, aku dah hilangkan tiket tu masa di Movie World lagi. Teruklah aku ni. Tak pasal-pasal kena bayor  AUD60. Ulang, AUD60 bukan RM60. Rugi aku di situ.


So, aku hilang mood jugak. Tapi takpe, adalah gambar aku ambik. Layan emosi lagi bertambah rugi kan.

Oh, sebelum pergi Sea World. Singgah bergambor di Southport Sea dulu.



So inilah Sea World!


Hilang mood pun tetap excited nampak Ninja Turtles. Sanggup beratur panjang nak bergambo dengan haiwan ni.


Teka ni hapo? Ni dolphin. Eh tak. Ni Penguin.


Yeah, they are dolphins baby. They are dolphins!





Ni Polar Bear. Aku tak tahu kenapa warna dia kuning. Bukan putih ke?

Ni yang aku paling tunggu2. Spongebob Theater 3D.



Okay. Selesai dah cerita hari keempat. So esok, last day. Sila ke next entry. Terima kasih.

Jalan-Jalan Gold Coast Australia Part 3



Third day in Australia. Alright, hari ni kita meneruskan perjalanan ke Mount Tamborine. Hiking ke? Eh taklah nak. Kita pergi melancong dengan senior citizen maka hiking taklah sesuai untuk dijadikan salah satu aktiviti dalam itinerary. Memandangkan diri aku sendiri ni pun macam senior citizen (cepat penat, cepat mengah, cepat lenguh, cepat migrain) maka aku tak kisah sangat pasal aktiviti lasak tak ada tu. Huhu.

Okay jom cuci mata!


Jalan jauh ke dalam hutan semata2 untuk Curtis Fall ini.





 Lepas bergerak dari Mount Tamborine, singgah Germany Cuckoo Clock Nest. Tempat jam-jam antik dijual. Takdelah teman beli yeop. Mahal bebenor takdelah teman mampu. Ambik gambo je mampu sebab scenery was soooo superb and damn amazing!








 Selesai mencuci mata di Mount Tamborine, maka inilah saat yang paling ditunggu-tunggu buat semua perempuan yang berfitrah perempuan. Haha. Shopping of course yehaaaa!

Tempat shopping di Harbour Town. Lenguh-lenguh kaki ayang ni, bang round keluar masuk setiap satu kedai. Dahlah kasut aku bertumit. Oh incheee zauj nanti urutkan kaki ittew yew?(Harap muntah sebaldi)

Sebelum shopping, makan dulu. Kofte Burger. Halal katanya.
                                                                     
Aku tak boleh telan. Tapi dah berbelas dollar habis so telan jugak.

Turkish Coffee. Serius... tak sedap! Dahlah mahal.



                   
                   




                                                                                                                                                                                        



Selesai shopping. Yang aku boleh cerita, tangan aku tak cukup untuk membawa barang-barang yang aku beli. Haha. Agaklah sendiri. Balik tu sakit kaki, sakit kepala. Hah… padan muka!


Malam tu, tak ada aktiviti tapi Pakcik Din offered kitorang pergi Surfers Paradise buat kali kedua.

So, aku yang tak berapa nak stabil ni tetap berdegil juga untuk pergi.


Ingat kat Melaka je hado beca? Australia pun hado!

Paling sempoi. Selipar vending machine. Ni Malaysia tak ada ni. Haha.


Aku tak ingatlah apa nama ni. Yang pasti, train la.




So itulah cerita hari ketiga. Cerita hari keempat? Jom, next entry!



























Tuesday, July 28, 2015

Jalan-Jalan Gold Coast Australia Part 2

Okay people. So this is the second entry about my vacation. Australia here we go!


Untuk hari kedua ni, pepagi lagi aku ingatkan spaghetti bolognaise ke, chicken chop ke yang menunggu. Sekali… tudia nasi lemak rasa Malaysia kaw-kaw punya! Haha. Oh ya, nak cerita yang aku ni duduk homestay di Helensvale. Homestay ni milik keluarga Pakcik Din (rujuk entri lepas), makan-makan kitorang kat sini semua isteri Pakcik Din yang kitorang panggil Kak Ros sediakan. Diorang asal Malaysia, tapi dah berhijrah lama kat Australia ni.

Rumah tempat kami menginap. Lawa kan?






Dah sarapan semua, mengikut itinerary hari ni kitorang akan melawat Currumbin Wildlife Sanctuary. Maka bergeraklah kami semua ke sana. Takpe, hakak payung gambar dulu ye!








Sesi cukur bulu bebiri. Hahaha.


Koala ni sakit. Nak kena bedah.

Aku tahu kalau pergi Australia mesti ini yang ditunggu-tunggu kan? Nah, aku payung kanggaroo dengan koala.






Kanggaroo sado? Hahaha.

AUD 23 hokey nak bergambor dengan haiwan busuk lagi comel ni. Bukan RM23!




Okay. Habis aje sesi di Currumbin Sanctuary, kitorang gerak pergi ambil angin kat Coolangatta Beach. Ambil pemandangan aje. Tak turun pantai pun. Dari atas dapatlah lihat kenit-kenit manusia yang sedang melakukan aktiviti surfing.





Belanja anak mat saleh satu!


So ini cerita hari kedua. Haha. Best tak best tak? Urmmm aku dah cuba nak tulis dengan sebest yang mungkin, tapi aku ni bukan travel writer. Aku ni novelist. Haha. Apa-apa ajelah. Okay, tunggu next entry okay!